CRITICAL THINKING
Tugasan makanan
Sunday, October 28, 2018
Wednesday, October 24, 2018
Onde onde mangga
Pencuci mulut : ONDE ONDE MANGGA.
Bahan :
- Tepung pulut
- Tepung gandum
- Gula melaka
- Mangga susu
- Mangga muda
- Kordial mangga
- Air gula
- Kelapa parut (putih)
- Garam
Langkah :
- Satukan tepung pulut dan sedikit tepung gandum bersama kordial mangga dan air guk sehingga membentuk doh.
- Kemudian, ambil doh tersebut dan bulatkannya sehingga membentuk bulat kecil. Dilubangkan tengah dan letakkan mangga yang dipotong dadu berserta gula melaka.
- Rebuskan air di dalam dan masukkan onde onde. Dibiarkan sehingga air mendidih.
- Ketika air mendidih, onde onde tersebut akan terapung dan menunjukkan bahawa onde onde itu telah masak.
- Gaulkan onde onde itu dengan kelapa parut yang dicampur dengan secubit garam.
Samosa Mangga
Pembuka Selera : SAMOSA MANGGA.
Bahan :
- Kulit popia
- Mangga susu
- Mangga muda
- Kordial mangga
- Susu pekat
Langkah :
- Potong buah mangga kepada bentuk dadu.
- Ambil sedikit mangga yang telah dipotong dan gaulkan dengan sedikit kordial mangga berserta susu pekat.
- Kemudian, letakkan mangga yang dipotong dadu berserta campuran kordial mangga tersebut ke atas kulit popia yang telah dipotong dengan kuantiti yang secukupnya.
- Lipat kulit popia tersebut menjadi bentuk tiga segi.
- Setelah minyak sudah panas, gorengkan samosa tersebut dengan warna kekuningan.
- Toskan samosa dan sediakan untuk dihidangkan. Boleh juga makan dengan sos coklat.
Kari Ayam Mangga
Hidangan utama : KARI AYAM MANGGA.
Bahan :
- Ayam
- Mangga muda
- Rempah kari
- Santan
- Kayu manis
- Halia
- Bawang merah dan bawang putih
- Cili merah
Langkah :
- Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia sehingga kekuningan.
- Kemudian, masukkan rempah kari dan kacau lalu masukkan sedikit air supaya rempah tersebut cair. Teruskan masak dengan menggunakan api yang perlahan.
- Masukkan ayam pula dan masak sehingga kecut dan tambahkan sedikit air dan biarkan sehingga mendidih.
- Kemudian, masukkan santan dan teruskan memasak dengan api yang perlahan.
- Seterusnya, masukkan gula dan garam secukup rasa.
- Akhir sekali, masukkan mangga muda yang telah dipotong dan kacau sehingga mendidih.
Mangga Inovatif

Jenis mangga yang kami gunakan adalah mangga susu dan mangga muda. Mangga susu adalah mangga yang mempunyai perasa yang manis dan sesuai untuk makanan yang berasaskan manisan. Mangga muda pula adalah mangga masam dan sangat digemari bagi yang suka akan masam.
Hidangan utama kami adalah kari ayam mangga manakala pembuka adalah samosa mangga. Bagi pencuci mulut pula adalah onde onde mangga.
Kari ayam tersebut diinovatifkan dengan menukar bahan daripada menggunakan asam keping kepada mangga masam. Ini tidak menukarkan rasa asli yang berbeza tetapi menyedapkan lagi rasa kari tersebut.
Samosa mangga pula ditukarkan daripada savori kepada bahan manisan. Mangga campuran antara buah mangga manis dan juga mangga masam.
Onde onde mangga adalah perubahan daripada onde onde pandan kepada onde onde mangga. Inti adalah gula melaka dan juga mangga yang dipotong.
Sunday, October 21, 2018
Buah Mangga

Mangga ataupun Pauh merupakan satu genus Mangifera tropika dalam famili Anacardiaceae. Tiada orang yang tahu dengan tepat tentang tempat asalnya, tetapi kebanyakan orang mempercayai bahawa pokok ini berasal dari benua Asia Selatan dan Asia Tenggara, termasuk India Timur, Myanmar, dan Bangladesh, selepas rekod-rekod fosil yang wujud sejak 25 hingga 30 juta tahun dahulu telah ditemui di sana.
Terdapat dua keturunan mangga, satu dari India, dan satu lagi dari Filipina dan Asia Tenggara:
- Pokok-pokok keturunan India tidak tahan kelembapan, dan mempunyai tumbuhan baru berwarna merah terang yang tidak dapat menahan kulapuk. Pokok-pokok ini menghasilkan buah monoembrio berwarna kemerah-merahan yang mempunyai bentuk biasa.
- Pokok-pokok keturunan Asia Tenggara dapat menahan kelembapan yang berterlaluan, dan mempunyai tumbuhan baru berwarna hijau pucat atau merah yang dapat menahan kulapak. Buah poliembrionya berwarna hijau pucat dan mempunyai bentuk ginjal panjang.
Antara jenis buah mangga adalah :

Mangga harumanis merupakan buah yang berasal dari Sungai Nibong, Kuala Selangor ini berbentuk lonjong dengan purata berat sebiji sekitar 340-450 gram.Kod buah mangga harumanis ini adalah MA 128. Warna kulit harumanis ini adalah hijau dan akan bertukar hijau gelap atau hijau sederhana apabila sudah masak atau matang. Untuk isi buah mangga harumanis ini pula berwarna kuning dan sedikit oren dengan rasa yang amat sedap,manis dan berjus dengan aroma yang kuat.

Mangga Golek atau dikenali sebagai mangga Foo Fatt ini berbentuk lonjong panjang yang mempunyai berat sekitar 600-650 gram. Kulit buah akan menjadi hijau kekuningan atau hijau cerah apabila sudah masak dan matang.Manakala warna isi mangga golek ini adalah oren dan mempunyai sedikit fiber.Buah mangga golek ini agak sukar dijumpai ditanam secara komersial di negara kita. Kod untuk buah mangga golek ini ialah MA162.

Buah mangga Mas Muda yang mempunyai bentuk bulat panjang ini mempunyai berat sekitar 350-400 gram. Warna buah mangga ini mempunyai kulit berwarna hijau cerah dan apabila sudah matang dan masak, warnanya sama sahaja iaitu hijau cerah.Isinya yang berwarna kuning cerah dengan tekstur yang halus. Manakala rasanya masam masam manis.Kod untuk buah mangga ini adalah MA 204. Buah mangga mas muda ini kurang ditanam oleh petani kerana kurang mendapat sambutan.

Buah Mangga Maha 65 ini mempunyai bentuk yang panjang dan lonjong dengan berat sekitar 550-600 gram sebiji. Buah mangga maha 65 ini mempunyai warna hijau muda dan akan menjadi warna kuning kehijauan apabila sudah masak dan matang. Manakala isinya akan berwarna oren pekat dengan rasa yang manis dan masam. Pokok mangga ini biasanya ada ditanam di kawasan taman perumahan.Kod untuk buah mangga ini ialah MA 165.

Buah mangga Nam Dok Mai ini adalah buah mangga yang berasal dari Thailand. Buah mangga ini mempunyai bentuk bujur dan membengkok sedikit di bahagian hujung. Berat sebiji buah mangga ini adalah 400-450gram. Kulit bah mangga ini berwarna kuning keemasan san isinya pula berwarna kuning. Manakala rasanya manis, berbau harum, berjus dan agak bersabut sedikit.Kod untuk buah mangga ini ialah MA 223.

Buah mangga Chauk Anan ini sama seperti buah mangga Nam dok Mai kerana kedua-dua buah mangga ini berasal dari Thailand.Buah mangga Chauk Anan ini berbentuk bulat lonjong dengan warna kulitnya hijau ketika muda dan menjadi kuning apabila sudah masak dan matang. Manakala isinya mempunyai warna kuning oren dengan tekstur yang sederhana dan rasa yang manis. Berat sebiji buah mangga ini adalah antara 300-400 gram.Apa yang menariknya buah mangga ini adalah,buah ini mampu berbuah sepanjang tahun.Kod buah ini adalah MA224.

Buah Mangga Gedung Gincu ini mempunyai warna kulit yang lain dari yang lain kerana warna kulit mangga gedung gincu ini adalah berwarna oren kemerah-merahan. Bentuk buah mangga ini bulat tanpa lekukan dan isinya tebal dan berserat halus dengan rasa yang manis dan harum.Berat sebiji buah mangga ini antara 200-250 gram.

Buah mangga sala ini dipercayai berasal dari Thailand. Bentuk buah mangga ini mempunyai bentuk lonjong bulat dan sedikit panjang. Berat sebiji buah mangga ini adalah antara 300-4560 gram. Warna kulit buah mangga ini adalah berwarna hijau muda dan warnanya akan sama walaupun sudah masak dan matang. Untuk isi buah mangga ini, ianya berwarna kuning oren dengan rasa yang sedikit masam dan manis.Buah mangga ini agak kurang diserang oleh serangga ataupun ulat.
Kami berempat

Ini kami. Massyirah Amira Binti Mohd Kushairi, Nurul Fatihah Binti Zulkaranain, Norul Ain Aqila Binti Sazali dan Nur Khaini Binti Che Dat. Kami ditugaskan untuk menyediakan makanan yang inovatif dan menyelerakan serta menarik selera penonton yang memandangnya. Dalam subjek ini, kami diperkembangkan dengan kekreatifan dan inovatif sesuatu barang itu dicipta di samping meningkatkan lagi minda yang cergas untuk berfikir di luar kotak.
Subjek Critical Thinking ini membimbing kami untuk sentiasa rasional dalam berkongsi idea dan sentiasa menolong dalam apa jua situasi serta membimbing kami untuk bekerjasama dalam menyiapkan tugasan seperti yang digambarkan dan diharapkan oleh pensyarah. Pensyarah Puan Redztina adalah seorang yang berpengalaman tinggi dalam subjek tersebut jadi ini membuatkan kami untuk bersungguh-sungguh dalam membina sesuatu sehingga membuatkan beliau terpegun. Kerja ini tidak susah jika semua ahli kumpulan bekerjasama dalam menyelesaikan tugasan. Ini dapat membimbing kami untuk bersatu padu dalam menghasilkan tugasan ini dengan terbaiknya.
Subscribe to:
Posts (Atom)